FAMILY DAY JABATAN PERNIAGAAN

Pada 14 Februari 2015, Jabatan Perniagaan telah mengadakan sambutan Hari Keluarga buat kali pertama. Sambutan Hari Keluarga Jabatan Perniagaan akan dilaksanakan pada setiap tahun sebagai lambang penyatuan bagi warga Jabatan Perniagaan.

Sambutan ini dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 SVM dengan bimbingan dari Puan Siti Sakina Binti Ismail. Program ini dilaksanakan dengan meriah dan pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik diadakan.

Sambutan ini berakhir pada 12.30 tengahari dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang serta ucapan penutup dari Ketua Jabatan, Encik Mohd Fauzi Bin Tasuki.

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIH

Pada 24 Julai yang lalu, Program Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih Berjemaah bersama para pelajar dan pensyarah Pengurusan Perniagaan. Program ini dilaksanakan di Makmal 2 Bengkel Pengurusan Perniagaan. Objektif utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah Pengurusan Perniagaan sendiri.

Majlis ini diuruskan oleh pelajar Tahun 2 SVM dan dipantau serta dibimbing oleh Pn.Siti Sakina Binti Ismail.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Ketua Jabatan, Encik Fauzi dan diikuti dengan bacaan doa berbuka puasa. Seterusnya pelajar dan pensyarah berbuka puasa dan bersiap untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Selepas solat maghrib, En Ahmad Rafaie menyampaikan usrah pendek dan bersiap untuk solat Isyak dan Terawih berjemaah.

Program berakhir pada jam 10 malam dan pelajar serta pensyarah dijamu jamuan moreh. Ketua Program memuji semua pelajar dan pensyarah kerana menghadiri majlis ini dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Pada 14 Ogos 2015, Jabatan Perniagaan telah mengadakan Sambutan Hari Raya 2015. Majlis ini dilaksanakan di Jabatan Perniagaan dan dihadiri oleh semua pelajar dan pensyarah dari semua program yang terdapat di Kolej Vokasional Kuala Kangsar.

Majlis ini diuruskan oleh pelajar Tahun 2 SVM dan dibantu oleh guru pelaksana iaitu Puan Siti Sakinah Binti Ismail. Menu yang disediakan juga menarik dan perjalanan majlis berjalan lancar.

Guru pelaksana, Puan Sakinah memuji kelancaran majlis yang diuruskan oleh pelajar Tahun 2 SVM dan berpuas hati dengan kerjasama kumpulan yang ditunjukkan.

 

LAWATAN KE SHAH ALAM, PAHANG DAN KUALA LUMPUR

Pada 16, 17 dan 18 Oktober 2015, pelajar Tahun 2 SVM telah melaksanakan satu lawatan ke Shah Alam, Pahang dan Kuala Lumpur bagi memenuhi kursus BPP 4014 Business Travel. Lawatan ini telah dirancang lebih daripada 4 bulan dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Para pelajar dapat belajar pelbagai ilmu baru daripada pengurusan lawatan ini dan memupuk sifat berani untuk berkomunikasi dengan orang luar. Lawatan ini sepenuhnya diuruskan oleh para pelajar bermula daripada pemilihan tempat, penulisan kertas kerja, pengurusan tempat penginapan, tempat makan, pengangkutan, tempat lawatan, pembentangan kertas kerja dan kelulusan pengarah kolej.

Pelajar dapat melawat pelbagai tempat menarik seperti ICT Shah Alam, Taman Jepun dan Bukit Tinggi di Pahang serta Petrosains dan Akuarium di Kuala Lumpur.