MAJLIS PPN KVKK GRAND DINNER BERSAMA ALUMNI

                                                              

Pada 16 Mac 2018, Jabatan Perniagaan telah mengadakan PPN KVKK Grand Dinner bersama alumni. Grand Dinner ini dilaksanakan oleh pelajar Tahun 1 Diploma Pengurusan Perniagaan dengan bimbingan En. Mohd Fazuki bin Tasuki.

Program ini dilaksanakan dengan begitu meriah dan disambut dengan baik oleh pelajar alumni Pengurusan Perniagaan dan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik diadakan serta persembahan menarik dari pelajar Tahun 1 Diploma Pengurusan Perniagaan.

Pelajar Tahun 1 Diploma telah dipuji oleh para pensyarah dan pelajar alumni Pengurusan Perniagaan atas kejayaan dalam mengadakan PPN KVKK Grand Dinner. Program ini berakhir pada jam 11 malam dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang serta ucapan penutup dari Ketua Jabatan, En. Mohd Fauzi bin Tasuki.