PROGRAM LATIHAN KOMUNIKASI BERKESAN

Pada 6 dan 7 September 2019, Jabatan Perniagaan telah mengadakan Program Latihan Komunikasi Berkesan yang bertempat di Inap Desa Kuala Dal, Kampung Dal, Padang Rengas. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi silibus DBF 4323 Staff Development Management.

Program ini dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 Diploma iaitu Intan Nur Zulaikha Binti Ahmad Faizal, Aimi Syairah Binti Azmi, Nur Amirah Binti Badrol Sehan, Nur Diyana Binti Mohd Hamdan, Nurul Hanisah Binti Mohd Rizal, Fatin Rabiatul Binti Sezali, Ahmad Hafiz Bin Halid dan Muhammad Danish Bin Muhamad Zahari bersama 6 orang pelajar dari tahun 1 Diploma yang menjadi ahli jawatankuasa program tersebut dengan bimbingan Encik Mohd Fauzi Bin Tasuki serta 2 orang pensyarah praktikal. Program ini dilaksanakan dengan lebih menarik dan meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan serta pertandingan yang menarik seperti asas pengucapan awam, halangan dalam komunikasi, mengenal 4 gaya komunikasi dan pelbagai lagi.

Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang serta ucapan penutup dari Ketua Jabatan iaitu Encik Mohd Fauzi Bin Tasuki dan para pensyarah praktikal.

PROGRAM PENANDA ARAS PENGURUSAN ACARA BOWLING

Pada 6 September 2019, Jabatan Perniagaan telah mengadakan Program Penanda Aras Pengurusan Acara Bowling bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade. Program ini dilaksanakan bagi merapatkan lagi hubungan pelajar tahun baru dengan para pensyarah Pengurusan Perniagaan.

Program ini dilaksanakan oleh pelajar tahun 1 SVM dengan bimbingan Pn. Farah Syarafina Binti Zaini. Program ini dilaksanakan dengan meriah dengan pelbagai gelagat dan aksi semasa program ini berlangsung.

Para pelajar tiba di Kolej Kediaman pada jam 9.00 malam dengan selamat bersama guru bimbingan Pn. Farah Syarafina Binti Zaini dan 2 orang guru praktikat Pengurusan Perniagaan.

PROGRAM E-USAHAWAN PELAJAR TAHUN 1 & 2 DIPLOMA

Pada 3 Ogos 2019, Jabatan Perniagaan telah mengadakan Program E-Usahawan bagi pelajar tahun 1 dan 2 Diploma Pengursan Perniagaan yang bertempat di Makmal 2 Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi Final Year Project.

Program ini dilaksanakan oleh 2 orang pelajar perempuan tahun 2 Diploma iaitu Nur Sabrina Binti Saruddin dan Nurdiyana Binti Mohd Hamdan dengan bimbingan Puan Farah Syarafina Binti Zaini. Program ini dilaksanakan bersama penceramah luar iaitu Encik Wan Luqman Hakim Bin Wan Khairuddin. Program ini telah mengajar para pelajar tahun 1 dan 2 Diploma menjadi seorang usahawan di laman media sosial sepeti Instagram, facebook dan pelbagai lagi.

Program ini berakhir pada jam 5.00 petang dengan diakhiri dengan sedikit ucapan penutup dari penceramah luar tersebut iaitu Encik Wan Luqman Hakim Bin Wan Khairuddin disertakan dengan cenderahati yang telah disediakan oleh Jabatan Perniagaan.

PROGRAM SEMINAR JOM NIAGA SIRI/2019 ANJURAN AKADEMIK PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA BATU GAJAH, PERAK

Pada 8 Ogos 2019, para pelajar tahun 2 SVM Jabatan Perniagaan telah pergi ke Seminar Jom Niaga dengan Anjuran Akademik Pembangunan Belia Malaysia yang bertempah di Dewan Serbaguna Akademik Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, KM 21, Lebuhraya Ipoh – Lumut.

Program ini dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 SVM dengan bimbingan Puan Suriati Binti Rosli. Tujuan program ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai ilmu-ilmu keusahawan. Seterusnya, ianya juga memberikan pendedahan mengenai maklumat berkaitan pendaftaran perniagaan serta peluang-peluang pembiayaan yang mampu diperolehi oleh para belia yang menghadiri program ini. Seminar ini juga turut diserta oleh 3 Kolej Komuniti dan 4 Kolej Vokasional dari daerah yang berlainan.

PROGRAM TEAM BUILDING

Pada 2 Ogos 2019, pelajar tahun 2 Diploma Pengurusan Perniagaan telah mengadakan program Team Building bersama pelajar tahun 1 Diploma Pengurusan Perniagaan yang bertempat di Dewan Teknokrat Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi kursus DBF 4323 Staff Development Management.

Program ini dilaksanakan oleh 9 orang pelajar tahun 2 Diploma Pengurusan Perniagaan iaitu Muhammad Syafiq sebagai Pengarah Program, Muhamad Danish sebagai Penolong Pengarah Program, Hanis Nazirah sebagai Setiausaha, Karmila sebagai Bendahari, Nur Airin sebagai AJK Kebersihan & Keceriaan, Nurafifah Athirah sebagai AJK Sijil Penghargaan, Fatin Ayu Nabila sebagai AJK Multimedia, Khairul Izham sebagai AJK Peralatan & Fotografi dan Muhammad Hafizi sebagai AJK Keselamatan. Program ini dibimbing oleh Encik Mohd Fauzi Bin Tasuki selaku guru penasihat bagi program Team Building ini.

Selain itu, program ini dijalankan untuk memupuk semangat berpasukan dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira usia, bangsa dan jantina. Program ini berkakhir pada jam 5.30 dengan sesi bergambar dan penyampaian sijil pada setiap pelajar.

PROGRAM “LET’S CREATE YOUR PERSONALITY”

Pada 1 Ogos 2019, Jabatan Perniagaan telah mengadakan Program “LET’S CREATE YOUR PERSONALITY” yang bertempat di Makmal 1 Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Program ini diadakan bagi membantu para pelajar dalam mengenalpasti personaliti diri.

Program ini diadakan oleh pelajar tahun 2 SVM dengan bimbingan Puan Sariza Binti Baharom. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penceramah luar iaitu Pn. Hajah Suriyani Binti Haji Sardi. Program ini diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah kepada para pensyarah.

PROGRAM PENULISAN RESUME BERSAMA MSU

Pada 28 Jun 2019, pelajar tahun akhir 2 Diploma Pengurusan Perniagaan telah mengadakan program bersama pihak MSU iaitu Encik Mohd Ridzuan Bin Osman beliau adalah seorang Senior Executive dari University and College Department University Drive yang bertempat di Dewan Teknokrat Kolej Vokasional Kuala Kangsar. Program ini dilaksanakan untuk memenuhi silibus Final Year Project.

Program ini dilaksanakan oleh 2 orang pelajar perempuan dari tahun 2 Diploma Pengurusan Perniagaan iaitu Nuranis Ayuni Binti Zabidi dan Karmila Binti Zainal Abidin dengan bimbingan Puan Rashida Binti Tarmizi. Program ini dilaksanakan bagi membantu para pelajar Diploma bersiap sedia untuk menghadapi alam pekerjaan dan juga membantu para pelajar dalam menyediakan resume dengan cara yang betul dan kreatif.

Program ini berakhir pada jam 10.00 pagi dengan sesi penyampaian cenderahati pada penceramah iaitu Encik Mohd Ridzuan Bin Osman dan serta ucapan penutup dari pihak beliau.

PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Pada 21 Jun 2019, Jabatan Pengurusan Perniagaan telah mengadakan Sambutan Hari Raya. Program ini merupakan salah satu sambutan hari raya yang disambut pada setiap tahun oleh Jabatan Perniagaan. Program Sambutan Hari Raya akan disambut pada setiap tahun oleh para pelajar Pengurusan Perniagaan.

Program Sambutan Hari Raya pada tahun ini dilaksanakan oleh para pelajar tahun 1 SVM untuk menyambut Sambutan Hari Raya di Makmal Pengurusan Perniagaan bersama para pensyarah dan para pelajar Pengurusan perniagaan. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi kursus dan memberi pengalaman kepada para pelajar dalam mengendalikan sesuatu program.

Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti karoke, pelajar lelaki dan perempuan yang menarik dan pelbagai lagi. Program Sambutan Hari Raya ini dilaksanakan dengan meriah dan mendapat sambutan yang baik dari para pensyarah dan para pelajar Pengurusan Perniagaan.

PROGRAM SAHUR BERSAMA GELANDANGAN

Pada 24 Mei 2019, pelajar tahun 2 Diploma dari Jabatan Perniagaan telah mengadakan Program Sahur Bersama Geladangan buat pertama kali yang bertempat di Sekitar Bandaraya Ipoh, Perak. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi silibus Final Year Project.

Program ini dilaksanakan oleh 2 orang pelajar lelaki iaitu Ahmad Hafiz Bin Halid dan Muhammad Danish Bin Muhamad Zahari dengan bimbingan oleh Puan Sariza Binti Baharom. Program ini telah berjalan dengan baik walaupun terdapat sedikit halangan semasa menjalani program tersebut. Bagi melaksanakan program ini para pelajar tersebut telah bekerja sama dengan pihak luar dan wakil pelajar dari Kolej Vokasional Kuala Kangsar.

Program ini berakhir pada jam 5.00 pagi dengan penyampaian cenderahati serta ucapan penutup oleh penganjur luar yang membantu bagi melaksanakan Program Sahur Bersama Gelandangan.

RAMAH MESRA JABATAN PERNIAGAAN

Pada 22 Februari 2019, Jabatan Perniagaan telah mengadakan Program Ramah Mesra buat kali ke-4. Program Ramah Mesra ini adalah seperti Sambutan Hari Keluarga Jabatan Perniagaaan. Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dengan pensyarah dan bagi menyambut pelajar tahun 1 SVM.

Program ini dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 SVM dengan bimbingan Puan Sakina Binti Ismail.  Aktiviti yang dijalankan sungguh meriah sekali dengan aktiviti permainan dalaman dan aktiviti permainan dalaman. Program ini diakhiri dengan ucapan penutup, penyampaian hadiah pada setiap pensyarah, kumpulan dan kategori pelajar.