KATA ALUAN KETUA JABATAN PERNIAGAAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR

 

Terima kasih kerana memilih Program Pengurusan Perniagaan, Kolej Vokasional Kuala Kangsar untuk memasuki gerbang pendidikan. Pilihan yang tepat telah dilakukan kerana program ini berada di bawah Jabatan Perniagaan yang dahulunya adalah Panitia Pengurusan Perniagaan telah membuktikan keupayaan untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti di peringkat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Program yang ditawarkan diselia oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA). Ini jelas menunjukkan bahawa bidang kemahiran adalah sangat penting dalam dunia serba moden ini. Harapan kemahiran-kemahiran dalam program ini akan menjamin kualiti pelajar terbaik bagi meneruskan kesinambungan di alam pekerjaan atau melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

 

Jabatan Perniagaan, Kolej Vokasional Kuala Kangsar  telah menggabungkan antara keunikan sukatan pembelajaran dan juga kualiti tenaga akademik yang berpengalaman dan berkebolehan juga kelengkapan prasarana pembelajaran bagi menjamin suasana pembelajaran yang kondusif.

 

Selamat datang diucapkan kepada mereka yang inginkan kecemerlangan akademik, kemahiran, keunggulan sahsiah dan janji kami untuk tidak menghampakan harapan anda untuk berjaya.

 

Sekian, terima kasih.

One Reply to “SELAMAT DATANG KE PENGURUSAN PERNIAGAAN !”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *