PELAJAR TAHUN 1 & 2 SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM)

                   

Bagi pelajar tahun 1 dan 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pemakaian koprat rasmi di Kolej Vokasional Kuala Kangsar adalah berwarna oren berlengan panjang bagi pelajar perempuan, bertudung putih bagi agama islam dan kasut berwarna hitam. Manakala pula bagi pelajar lelaki baju koprat rasmi Kolej Vokasional Kuala Kangsar adalah berwarna oren berlengan pendek dan berkasut hitam.

PELAJAR TAHUN 1 & 2 DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

                           

 

Bagi pelajar tahun 1 & 2 Diploma Pengurusan Perniagaan pemakaian koprat rasmi Kolej Vokasional Kuala Kangsar adalah berwarna biru gelap berlengan panjang bagi pelajar perempuan, tudung hitam dan kasut hitam. Manakala bagi pelajar lelaki pula adalah berwarna biru gelap berlengan pendek dan kasut hitam.

 

BAJU RASMI JABATAN PERNIAGAAN KVKK

                                

Jabatan Perniagaan di Kolej Vokasional Kuala Kangsar mempunyai baju rasmi yang harus dipakai oleh para pelajar pada setiap hari selasa. Bagi pelajar perempuan blazer yang berwarna hitam, kasut hitam dan tudung mengikut warna yang telah ditetapkan oleh para pensyarah Jabatan Perniagaan bagi membezakan setiap kohort bagi pelajar perempuan. Manakala bagi pelajar lelaki pula kameja yang berlengan panjang, kasut hitam dan tali leher mengikut warna plain yang telah ditetapkan oleh para pensyarah untuk membezakan setiap kohort bagi pelajar lelaki.