SEMESTER  1 DIPLOMA

 

DBF 1113 – PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN  (INTRODUCTION TO BUSINESS)

Perniagaan adalah semua kegiatan melibatkan urusan jual dan beli barang-barang atau perkhidmatan. Pengenalan kepada perniagaan merangkumi skop dan urutan kebanyakkan kursus pengenalan perniagaan . Ia juga memberikan perjelasan terperinci dalam kepuasan pelanggan, etika dalam perniagaan, keausahawan, perniagaan global dan menguruskan perubahan perniagaan. Organisasi perniagaan mempunyai objektif memaksimumkan keuntungan, disamping objektif penakatan (survival), pertumbuhan dan tanggungjawab sosial.

 

DBF 1163 – MIKROEKONOMI

Mikroekonomi adalah satu cabang ekonomi yang mengkaji perlakuan dan pilihan manusia dalam unit ekonomi dan mengkaji unit-unit ekonomi sahaja seperti isi rumah iaitu memaksimumkan kepuasan, firma iaitu memaksimumkan keuntungan, kerajaan iaitu memaksimumkan kebajikan masyarakat dan sektor luar. Sumber ekonomi merupakan input yang secara relatif bersifat kekurangan yang diperlukan dalam proses pengeluaran barang dan perkhidmatan iaitu terdiri daripada :

  • Buruh

Individu yang menawarkan tenaga secara mental dan fizikal untuk menghasilkan output.

  • Tanah

Sumber alam semula jadi yang merangkumi sumber di daratan, lautan dan di dalam bumi.

  • Modal

Barang yang dikeluarkan dan digunakan sebagai input bagi mengeluarkan barangan lain.

  • Usahawan

Individu yang mempunyai kemahiran menggabungkan FOP untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

 

DBF 1153 – PERAKAUNAN (ACCOUNTING)

Perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod mengelas, meringkas,melapor, mentafsir, mengkomunikasi maklumat kewangan kepada pengguna-pengguna luaran dan dalaman. Perakaunan mempunyai 3 jenis milikan perniagaan seperti pemilikan tunggan, perkongsian dan Syarikat Berhad. Jenis-jenis penyata kewangan juga terbahagi kepada penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik , kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.

 

DBF 1123 – TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Tekonologi maklumat (IT) yang menekankan peranan komunikasi Bersatu dan penyepaduan telekomunikasi, komputer serta perisian perusahaan, perisian tengah, penyimpanan dan sistem audio visual yang diperlukan yang membolehkan pengguna mengakses, menyimpan, menghantar dan memanipulasi maklumat. Istilah ICT juga digunakan untuk merujuk kepada penumpuan rangkaian audio-visual dan telefon dengan rangkaian komputer melalui sistem kabel atau pautan tunggal. Konsep, kaedah dan aplikasi yang terlibat dalam ICT sentiasa berubah hampir setiap hari. Keluasan ICT meliputi apa-apa produk yang akan menyimpan, mengambil, memanipulasi, menghantar atau menerima maklumat secara elektronik dalam bentuk digital, mis, komputer peribadi, televisyen digital, e-mel, robot.

 

DBF 1133  – PENGANTAR PENGURUSAN

Pengantar pengurusan melibatkan organisasi, pengurus dan kakitangan. Dalam silibus ini, kita dapat mengenalpasti perbezaan bagi pengurus dan pengurusan. Pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab ke atas jabatan yang berbeza, bekerja pada peringkat yang berbeza dalam hierarki organisasi. Pengurus boleh dibezakan secara menegak atau mendatar. Pengurusa adalah merujuk kepada proses pencapaian matlamat mengikut cara yang berkesan dan cekap melalui fungsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.

 

DBF 1143 – PEMASARAN

Silibus ini adalah menerangkan kepada kita definisi bagi pemasaran yang sebenar. Pemasaran bukan hanya erkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakasen harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya. Keputusan-keputusan ini adalah `berkaitan dengan aspek-aspek pemasaran yang akan kita pelajari dalam pelajaran-pelajaran yang akan datang.


SEMESTER  2 DIPLOMA

 

DBF 2113 – MAKROEKONOMI

Makroekonomi merupakan cabang kepada ekonomi yang berkaitan dengan prestasi, struktur dan tingkah laku dalam ekonomi oleh masyarakat, negara atau seluruh dunia. Mikroekonomi dan makroekonomi merupakan satu daripada dua bidang umum dalam ekonomi. Ia juga merupakan kajian pada semua aspek seperti tingkah laku dan membuat keputusan. Kajian makroekonomi menghimpun petunjuk seperti Keluaran dalam negara kasar (KDNK), kadar pengganguran dan inflasi serta indeks harga.

 

DBF  2123 – ETIKA DALAM PERNIAGAAN (BUSINESS ETHIC)

Etika dalam perniagaan merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam sesebuah syarikat. Sebagai contoh pelajar membuat kerja kursus dengan menemubual sendiri syarikat . Kerja kursus ini dibuat untuk melihat sendiri keadaan sesebuah syarikat itu sama ada beretika taupun tidak.

 

DBF 2133 – GELAGAT DALAM ORGANISASI (ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR)

Apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya dalam organisasi, selalunya ia berkaitan dengan masalah bagi individu itu sendiri. Ia adalah penting dalam bahagian gelagat organisasi. Efektif daripada pembelajaran ini adalah dapat mengetahui tentang cara seseorang mengendalikan sesuatu konflik atau permasalahan untuk mendapatkan penyelesaian.

 

DBF 2143 – UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN (BUSINESS LAW)

Undang-undang perniagaan mempunyai pelbagai kontrak dalam menyelesaikan sesuatu kes. Apabila mempelajari subjek ini, kita dapat mengetahui tentang Akta yang disabitkan mengikut kes yang bersesuaian. Setiap perniaga mesti fasih soal undang-undang untuk memudahkan urusan apabila berdepan dengan sebarang masalah dalam perniagaan yang diceburi agar tidak mudah tertipu dalam urusan perniagaan