SEMESTER 1 SVM

 

BPP 1033 – AMALAN PENGKOMPUTERAN

Modul ini menumpukan kepada kemahiran asas menaip kepantasan 25 PSM dan 35 PSM beserta dengan ketepatan 96% bagi skrip bertaip. Kemahiran asas menaip ini menggunakan komputer yang mengandungi perisian microsoft office word 2016 dan microsoft office word 2010. Juga pelajar akan menaip secara sentuhan dengan menggunakan teknik yang betul serta mengamalkan prosedur stesen kerja yang betul dan efisien. Seterusnya pelajar dapat mengembangkan kemahiran kepantasan dan ketepatan menaip dengan latih tubi berterusan.

 

BPP 1023 – FILLING ADMINISTRATION

Modul ini menumpukan kepada kemahiran asas dalam pengurusan fail dan rekod. Dalam modul ini diajar tentang kepentingan ketas minit, pergerakan fail, penyimpanan fail serta fail sementara.

 

BPP 1014 – OFFICE COMMUNICATION

Modul ini menumpukan kepada kemahiran asas dalam prosedur panggilan yang mempunyai dua bahagian iaitu prosedur panggilan keluar dan panggilan masuk.

 

  • Prosedur panggilan keluar atau outgoing communication ini memperkenalkan entang proses apabila membuat panggilan telefon, prosedur penggunaan mesin faksimili, prosedur untuk menghantar e-mel dan prosedur persediaan menguruskan surat keluar.
  • Prosedur panggilan masuk atau incoming communication ialah tentang kecekapan komunikasi yang diterima tajuk unit. Prosedur panggilan masuk ini dapat mengenal pasti komunikasi yang diterima serta rekod.

SEMESTER 2 SVM

 

BPP 2022 – MEETING ARRANGEMENT

Modul ini dapat menumpukan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan organisasi dan persatuan. Selain itu, ia dapat mengetahui cara – cara untuk menguruskan sebuah mesyuarat dengan mengikut format. Dapat mengtahui ciri -ciri kepentingan mesyuarat dan pelbagai jenis mesyuarat yang ada.

 

BPP 2012 – MEETING PREPARATION

Modul ini dapat membantu dalam bagaimana hendak menyediakan bahan – bahan untuk membuat mesyuarat seperti agenda, notis panggilan mesyuarat dan borang tempahan makanan.

 

BPP 2034 – CUSTOMER LIAISON

Modul ini dapat menumpukan bahagian aduan pelanggan. Sebagai contoh, borang maklum balas pelanggan, laporan maklum balas pelanggan yang memerlukan pelanggan untuk mengisi borang tersebut untuk dijadikan sebagai rujukan kita untuk memperbaiki kelamahan syarikat dan mengetahui kelebihan syarikat atau organisasi.

 

BPP     – EVENT MANAGEMENT

Modul ini menumpukan bagaimana untuk membuat majlis dengan mengikut format yang betul. Subjek ini dibelajari adalah untuk mempelajari teknik membat kertas kerja, laporan, borang permohonan peminjaman barang dan sebagainya. Ia juga mengajar kita untuk menempah tempat majlis atau peralatan.


SEMESTER 3 SVM

 

BPP 3012 – ASAS MEREKOD DATA ( BASIC DATA ENTRY)

Subjek ini bertujuan untuk menerangkan tentang prosedur kemasukan data, rekabentuk borang elektronik, pengenalan kepada pangkalan data, jenis – jenis aplikasi pangkalan data, mencetak laporan pangkala data dan kaedah memasukkan data. Kemasukan data adalah perbuatan memasukkan data ke dalam komputer seperti menaip, mengambil data dari imbasan dokumen, mengambil maklum balas daripada temubual melalui telefon. Kemasuka data ini juga diproses untuk mendapatkan maklumat dalam pangkalan data. Pangkalan data juga merupakan satu set data atau maklumat tentang topik – topik tertentu tujuan hubungan logik antara satu sama lain. Ia hendaklah disimpan sebagai data sistem yang diatur dalam bentuk eletkronik untuk memudahkan capaian oleh satu atau lebih atur cara. Terdapat pelbagai jenis aplikasi pangkalan data seperti microsofr acces, Ms SQL Server, Orracle, Postgre SQL dan Firebird.

 

BPP 3023 – ASAS PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Subjek ini menerangkan tentang tentang tujuan mempelajari perakaunan serta menjelaskan konsep dan prinsip asas perakaunan. Perakaunan ini merupakan sistem yang menyedia dan menyelenggara maklumat kewangan sesebuah organsasi agar maklumat berkenaan dapat diketahui pada masa ia diperlukan dalam bentuk terkin dan tepat. Pelbagai aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sesuatu organisasi berikut. Antaranya termasuklah berjual beli, membeli peralatan dan berkeperluan perniagaan, membayar pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dan bukan operasi. Tujuannya ialah untuk mencapai keuntungan maksimum serta menambahkan kekayaan pemiliknya. Sesetengan daripada aktiviti ini perlu dimasukkan dalam sistem perakaunan kerana ianya memberi kesan secara langsung kepada kedudukan kewangan perniagaan yang perlu diambil kira. Oleh itu, perakaunan merupakan satu sistem iaitu yang ak berlaku secara berterusan selagi perniagaan menjalankan operasinya. Dalam sistem ini terdapat pelbagai proses dan input kepada proses tersebut adalah urus niaga.

 

 BPP 3033 – PENTADBIRAN PEROLEHAN ( PROCUREMENT ADMINISTRATION)

Subjek ini menerangkan mengenai menyediakan dokumentasi perolehan iaitu dengan menyenaraikan dokumen perolehan berdasarkan kepada keperluan, menyediakan format penokumentasian perolehan, menyediakan pendokumentasian perolehan mengikut format dan menyediakan pendokumentasian kepada personel yang terlibat. Perolehan adalah mendapat atau membeli barang dan perkhidmatan yang merangkumi penyediaan dan pemprosesan permintaan daripada individu penerimaan akhir barang dan perkhidmatan berkenaan. Proses perolehan akan berakhir setelah memperoleh kelulusan pembayaran. Tatacara perlaksanaan setiap perolehan perlu menunjukkan akauntabiliti awam secara telus, memberi faedah terbaik kepada semua pihak serta memberi saingan terbuka dan diproses secara adil dan saksama.


SEMESTER 4 SVM

 

BPP 4023 – OFFICE OPERATION COORDINATION

Subjek ini memberi penerangan tentang kecekapan yang diperlukan bagi mereka yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan operasi pejabat. Subjek ini memberi pendedahan  kepada pelajar tentang polisi-polisi, fungsi utama dan fungsi kerja syarikat. Selain itu, ia juga menerangkan tentang belanjawan, prosedur pemfailan, komunikasi dan peralatan pejabat yang digunakan serta pelaksanaan kebersihan pejabat. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada jenis-jenis alat tulis pejabat dan pengurusan stok pejabat.

 

BPP 4014 – STAFF ADMINISTRATION

Subjek ini menerangkan kepada pelajar mengenai pengendalian pentadbiran kakitangan berdasarkan pentadbiran sumber manusia (HR) mengikut prosedur operasi standard (SOP) , polisi syarikat dan undang – undang buruh. Selain itu, rancangan keperluan tenaga manusia iaitu memberi kefahaman kepada pelatih mengenai bagaimana untuk menyediakan keperluan tenaga manusia. Kemudian, menerangkan mengenai program latihan staf atau kakitangan yang perlu dijalankan pada setiap pekerja. Dengan menentukan jenis program latihan, prosedur untuk menyediakan program latihan kakitangan, kandunga dan format cadangan latihan, kriteria penilaian keberkesanan program latihan dan menyediakan kertas cadangan program latihan. Seterusnya, memberikan kefahaman mengenai cara penilaian prestasi yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan dalam pencapaian seseorang pekerja. Akhir sekali, menerangkan mengenai pengendalian pentadbiran kakitangan berdasarkan pentadibiran sumber manusia (HR) mengikut prosedur operasi standard (SOP) , polisi syariakat dan undang – undang buruh.

 

BPP 4033 – OFFICE SAFETY & SECURITY ADMINISTRATION

Subjek ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara-cara untuk membuat laporan dalam dalam aktiviti pentadbiran pejabat. Hasil kecekapan ini pelajar – pelajar dapat mempelajari cara-cara membuat laporan aktiviti keselamatan pejabat. Selain itu, untuk membolehkan pelajar mengetahui akan bagaimana untuk mengnalpasti dan menilai kehendak keselamatan petadbiran dan pejabat yang betul.